Sabtu, 01 Desember 2012

Biografi Imam Maliki

SEJARAH SINGKAT IMAM MALIKI  (IMAM MALIK BIN ANAS AL MADANY)

Nama lengkapnya Abu Abdillah Malik ibn Anas ibn Abi ‘Amir Al-Ashbahi Al-‘Arabi. Lahir di kota Madinah pada tahun 95 H/713 M dan dibesarkan di daerah ini sampai meninggal pada tahun 179 H/795 M.
Kakeknya berasal dari Yaman kemudian pindah dan menetap di Madinah dan termasuk jajaran sahabat Rasulullah saw.
Ia termasuk ulama yang amat mencintai Madinah, sehingga seumur-umurnya belum pernah meninggalkan kota Madinah. Karenanya ia mempelajari ilmu-ilmu keislaman pada ulama-ulama yang berada di Madinah.
Ia telah mengumpulkan ilmunya dari lebih 900 guru, 300 di antaranya berasal dari tabi’in. Akan tetapi dari sekian banyak guru yang ada, yang sangat berpengaruh dalam pembentukan karakter dan corak keilmuan Imam Malik adalah Rabi’ah ibn Abi Abdirrahman Al-Ra`y (w. 136 H/754 M) dalam bidang fiqih, Nafi’ maula Ibn Umar, Ibn Syihab Al-Zuhri (w. 124 H/742 M), Abu Al-Zanad (w. 131 H/749 M) dan Yahya ibn Sa’id Al-Anshari (w. 144 H/761 M) dalam bidang hadits.
Beliau digelar Syaykhu l-Islam, Hujjatu l-Ummah, dan Imam Daru l-Hijrah. Kunyahnya ialah Abu `Abdillah. Ibunya bernama `Aliyah binti Syarik Al-Azdiyyah. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93H/713M, iaitu pada tahun kematian Anas khadam Rasulullah.
Datuknya yang pertama, iaitu Malik bin `Amir adalah golongan `ulama’ tabi`in yang terkemuka. Moyangnya, `Amir bin Al-Haris adalah seorang sahabat dan pernah berperang bersama-sama dengan Nabi Muhammad.
Sejak kecil, beliau di didik agar menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru. Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta supa berpakaian cantik dan bersih. Beliau mempunyaï pandangan yang bernas, mempunyaï pendirian yang teguh, bijaksana dan kuat ingatan. Beliau juga seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyaï hajat dan tidak suka mencela orang lain. Beliau ialah seorang yang tawadhdhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah.

PENDIDIKAN
Imam Malik seorang yang banyak mendampingi `ulama’ Madinah sejak kecil. Ingatannya sangat kuat sehingga dapat menghafaz Al-Qur’an dan Hadis sejak kecil. Beliau merupakan seorang Imam dalam hadis dan riwayatnya dipercayaï. Beliau berguru dengan lebih daripada 900 orang guru daripada kalangan tabi`in dan tabi` tabi`in. Gurunya yang pertama ialah Imam `Abdu r-Rahman bin Hamzah. Beliau pernah mempelajari ilmu hadis daripada Ibnu Syihab Az-Zuhriy dan ilmu ar-ra’y daripada Rabi`ah bin `Abdu r-Rahman.
Imam Malik mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawiy. Kuliahnya turut dihadiri oleh gurunya sendiri, antaranya Muhammad Muslim bin Az-Zuhriy. Ajaran Imam Malik mendapat perhatian dan tersebar di Hijaz, Maghribi dan Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudah, Bahrain, Kuwait, Mesir dan lain-lain.
Imam Malik dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan fiqh. Adalah diakuï bahawa antara hadis yang paling sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Ibni `Umar dan Az-Zuhriy. Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik tidak terus keluar menjawab sehingga beliau mandi dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada hadis Nabi.
Dalam menuntut ilmu, Imam Malik tergolong seorang yang sangat rajin, disamping kecerdasannya yang luar biasa, serta daya ingatnya yang sangat hebat, sehingga mengantarnya menjadi mujtahid besar dan pendiri mazhab Maliki. Dalam usianya yang masih belasan tahun, tujuh puluh ulama Madinah telah bersaksi bahwa Malik telah layak mengeluarkan fatwa. Dalam hal ini, Malik berkata: “Aku tidaklah mengeluarkan fatwa, sehingga tujuh puluh ulama bersaksi bahwa aku memang pantas untuk mengeluarkan fatwa.”
Keilmuan Imam Malik dalam bidang hadits mencapai puncak. Kitabnya Al-Muwaththa’ dinilai sebagai kodifikasi hadits sahih yang pertama kali. Sementara dalam ilmu fiqih, ia juga mencapai posisi yang menempatkannya sebagai satu-satunya faqih terhebat di Hijaz. Berbagai pujian dan penghargaan kepadanya mengalir dari ulama berbagai kalangan. Para fuqaha ahlu al-ra’y memujinya. Demikian pula para ulama ahli hadits memujinya. Malik dianggap sebagai tokoh utama oleh kedua golongan.
Abu Yusuf, murid Abu Hanifah dan rekan Imam Malik berkata: “Aku tidak melihat seorang yang lebih alim daripada tiga orang: Malik ibn Anas, Ibn Abi Laila dan Abu Hanifah.”
Abdurrahman ibn Mahdi berkata: “Al-Tsauri adalah seorang panutan dalam bidang hadits, tetapi bukan panutan dalam bidang Al-Sunnah. Al-Awza’i panutan dalam bidang Al-Sunnah, tetapi bukan panutan dalam bidang hadits. Sedangkan Malik adalah panutan dalam kedua-duanya.”
Al-Syafi’i berkata: “Apabila hadits datang kepadamu dari Malik, maka peganglah kuat-kuat. Apabila hadits datang, maka Malik bintangnya. Apabila para ulama disebutkan, maka Malik bintangnya. Belum pernah seseorang mencapai kehebatan ilmu Malik.”
Ahmad ibn Hanbal berkata: “Malik termasuk salah satu penghulu ahli ilmu. Ia penghulu dalam fiqih dan hadits. Adakah orang seperti dia, mengikuti Al-Sunnah generasi terdahulu dengan akal yang sempurna dan adab yang bagus.”
Imam Malik membangun mazhabnya di atas fondasi Al-Kitab, Al-Sunnah, ijma’, qiyas, mashalih mursalah dan pengamalan penduduk Madinah. Dewasa ini mazhab Maliki diikuti oleh sebagian masyarakat Timur Tengah dan mayoritas penduduk Afrika Utara.
Para ulama menganggap bahwa munculnya Imam Malik ini telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadits: “Hampir datang suatu masa, orang-orang bepergian dengan cepat dari negeri-negeri yang jauh untuk mencari ilmu, lalu mereka tidak menemukan seorang yang lebih alim daripada seorang alim di Madinah.”[1] Sufyan ibn ‘Uyainah berkata, bahwa maksud seorang alim di Madinah dalam hadits tersebut adalah Malik ibn Anas.

GURU-GURUNYA
1- Ayyub bin Abi Tamimah As-Sikhtiyaniy
2- Ja`far bin Muhammad As-Sadiq
3- Humayd At-Tawil
4- Dawud bin Al-Husayn
5- Zayd bin Aslam
6- Salim Abu n-Nadhr
7- Sa`id bin Abi Sa`id Al-Maqburiy
8- Abi Hazim Salmah bin Dinar Al-Madaniy
9- Suhayl bin Abi Salih
10- `Amir bin `Abdi Llah bin Az-Zubayr
11- `Abdu Llah bin Dinar
12- `Amr bin Yahya bin `Ammarah Al-Maziniy
13- Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhriy
14-Nafi` Mawla Ibnu `Umar
15-Hisyam bin `Urwah
16-Yahya bin Sa`id Al-Ansariy

MURID-MURIDNYA
1- Ahmad bin Abi Bakr Az-Zuhriy
2- Isma`il bin `Ulayyah
3- Juwayriyah bin Asma’
4- Sa`id bin Mansur
5- Syu`bah bin Al-Hajjaj
6- `Abdu Llah bin `Abdu l-Wahhab Al-Hajabiy
7- `Abdu l-A`la bin Hammad An-Narsiy
8- `Abdu r-Rahman bin `Amr Al-Awza`iy
9- Abu Nu`aym Al-Fadhl bin Dakin
10-Muhammad bin Idris Asy-Syafi`iy
11-Ma`n bin `Isa Al-Qazzaz
12-Yahya bin Sa`id Al-Qattan
13-Yahya bin `Abdi Llah bin Bukayr
14-Yahya bin Yahya Al-Andalusiy
15-Yahya bin Yahya An-Naysaburiy
16-Abu `Amir Al-`Aqdiy
17-Abu `Aliy Al-Hanafiy

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Google Buzz

4 komentar: